Friday, June 4, 2010

Meh Boikot Prodak israel


Sedapnye Cola…x terfikir ke yang 1 tin Cola yang kita beli dapat membantu mengorbankan 1 orang rakyat Palestin @ orang Islam??? Bantu orang Yahudi…bunuh orang Islam??? Fikirkan yeee..

Hari ni nak makan Meggi.. Meggi Kari pula tu…Jimat duit.. Mee segera lain tak sedap..perut ni dah biasa ngan Meggi..kalau tak makan… Kaki I kat atas n kepala di bawah.. tidak salah jika di anggarkan bahawa sebungkus meggi tu dapat menjadikan anak-anak Palestin yang yatim piatu.. mana cukup 1 bungkuskan?? Sekurang-kurangnya 3 bungkus..tambah telur bagi tambah Haoolioo… Fikirkan yeee…

(melampau sangat ke pemikiran aku ni??)

Alaaah…telefon dah memang Nokia? Macammana nak buat ni..hancurkan terus ke?? Jangan le sampai macam tu.. membazir orang tua2 cakap..jadi.. kalau nak beli handphone baru..jangan beli jenama Nokia yeee… kalau dah terbeli..apa nak buatkan…

Aku penyokong Arsenal ni…macammana ni.. minat macam tu je tak pelah.. sekadar tengok2 Arsenal main kat TV.. jangan beli jersi or apa-apa prodak Arsenal.. ni pendapat aku le..

Meh kawan-kawan..sama-sama kita memboikot prodak israel (sengaja tak tulis huruf besar kat huruf I sebab tak iktiraf negara israel..) Tak mati juga kan kalau tak minum Cola? Tak kebulur juga kan kalau tak makan meggi? Jadi>>>> BOIKOTLAH PRODAK israel BAGI MEMBANTU MELEMAHKAN REJIM NI…

No comments:

Post a Comment