Monday, June 28, 2010

Cerita World Cup 2010 Pula...


Germany dan Brazil dah melayakkan diri ke peringkat SUKU AKHIR... Walaupun bukan dilahirkan atau warganegara kedua-dua negara tersebut..akan tetapi aku turut bergembira dengan kejayaan kedua-dua negara tersebut melayakkan diri ke peringkat yang seterusnya... Sejak azali lagi aku dah minat ngan dua negara ni.. bukan sebab STAR yang ada kat dalam kedua-dua team ni..tapi corak permainan yang seimbang antara 11 pemain utama... Pertahanan dan jentera serangan bermain dengan baik..tidak pernah menghampakan...

Ni jangkaan aku lah yang kedua-dua pasukan ni akan berjumpa dalam final seperti Piala Dunia 2002.. keputusan tidak pasti lagi.. Tapi mungkin Brazil menang kot..hahahaha

Ozil adalah pemain yang baru masuk dalam senarai pemain yang aku minat..tidak sangka mainan Ozil sangat baik berbanding dengan umurnya... Tidak salah jika nak katakan yang Ozil bermain lebih baik berbanding Ballack.. Ballack ok juga..tapi dia tidak maintain..contohnya masa main final Euro dulu... Harap-harap Ozil ni dapat teruskan prestasinya dan membawa pasukan Germany ke final..sebab lepas ni yang menunggu kat suku akhir adalah pasukan yang sangat hebat iaitu Argentina.. memang sangat susah nak kalahkan pasukan ni.. tidak macam England.pasukan ni ramai pemain yang rajin2.. terutamanya Tevez... setiap perlawanan..mutu permainannya semakin meningkat.. Messi pun bermain ngan baik..cuma tak tau nape tak de nasib je nak score...sian Messi..

Cite tentang Brazil plak.. Aku dulu tak yakin sangat dengan barisan hadapan Brazil terutamanya bila Ronaldhinho tidak diserapkan dalam pasukan.. Tapi jangkaan aku terus meleset.. Barisan hadapan Brazil bermain dengan sangat baik.. Fabiano tak lincah sangat cuma ketajaman di di dalam kotak penalti membuatkan aku mula meminati pemain ni.. kelemahan ni dapat di bantu dengan kelincahan Robinho... Kaka lepas main ngan Real Madrid.. macam tak best je mainan nya..macam ada je yang kurang..tapi Kaka ni macam tunjang utama pasukan Brazil ni.. Tanpa Kaka..rasanya sukar juga Brazil nak layak ke Final..

Ni je nak cite tentang dua pasukan pilihan aku untuk ke Final.. tak caya? nanti kita tengok kat Final ye..hehehe.. Aku ni murid Pak Belalang tau..hahahaha

Sunday, June 27, 2010

Dari 1 ke 10..Dari 10 ke 1000...Dari 1000 ke 1000000..Percaya Tak?

Ni ada cara nak tingkatkan trafik kat blog kita..ni aku copy dari Blog Ain budak baik...ni saje nak try test..tengok ok tak... korang buat je macam aku.. copy paste je artikel ni.. lepastu post kat blog korang..

1)      Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.
2)      Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

2.      Bisnis di Internet
3.       Blogging-Surfer
4.      Tintalughahwi
5.      Igauan
6.      Ad-dai’
7.       kakngah
8.      zlh@n
9.       LYAfrina
PERATURAN
1)       Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).
2)       Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15,jumlah backlink=1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Tuesday, June 22, 2010

SUMBANGAN AMAT DIPERLUKAN..

Salam..Diharap korang semua dapat beri bantuan untuk meringankan bebannya atau menghebahkannya samada melalui blog atau FB
Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib berasal dari Kuala Lumpur. Umur saya 6 tahun 10 bulan. Saya mengidap penyakit kronik jantung berlubang yang serius sejak saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu tidak boleh mendengar, bercakap, dan berdiri. Boleh dikatakan setiap bulan saya dirawat dihospital. Saya memerlukan sejumlah bantuan kewangan daripada Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya bagi :-
1 ) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak – kanak seperti saya, yang berharga lebih kurang RM 3,000.00
2 ) Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang RM25,000.00.
3 ) Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa ke semasa.
Dilampirkan salinan dokumen – dokumen yang berkaitan untuk rujukan Tuan / Puan. Saya merayu kepada Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan sekadar yang mampu bagi meringankan beban kami sekeluarga. Sebarang sumbangan harap dapat disalurkan ke akaun / atas nama:-
Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib
CIMB Bank A/c No 14270061573521
Sekiranya sumbagan Tuan dalam bentuk cek diharap dapat hubungi ibu saya Fazirah Bt Sidek 012 658 0456 / 013 695 3030. Harap dapat sebarkan mesej saya ini kepada 10 atau lebih kenalan Tuan/Puan. Jasa baik Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas budi baik Tuan/Puan. Saya doakan semoga Tuan/Puan sekeluarga dirahmati Allah s.w.t dan sihat sejahtera.
Sekian, terima kasih.
Adrianna Alysya
Location: KL
untuk mengetahui dengan lebih lanjut >> ADRIANNA ALYSYA

Ehsan dari : http://ron7.net

Thursday, June 17, 2010

Vuvuzela...Si Pembising Stadium


Heloo kawan-kawan..hari ni nak cerita berkaitan dengan Vuvuzela pulak.. Apakah Vuvuzela? Vuvuzela ni nama makcik sebelah rumah aku.. hahahaha.. Gurau je.. Vuvuzela ni alat muzik tradisional orang Afrika.. Vuvuzela ni adalah alat pembising yang di bawa kedalam stadium Piala Dunia kat Afrika ni... Bising betullah bunyi Vuvuzela tu kan??
FIFA membenarkan penonton untuk membawa Vuvuzela ke dalam stadium kerana hendak menjaga imej badan dunia ni kat Afrika... Dah banyak komplen yang di buat oleh pemain, pengurus pasukan malahan pihak media sendiri..  Aku yang menonton perlawanan kat rumah pun terpaksa kecilkan sound TV.. pening tau kepala dengar bunyi bising ni...
Menurut Royal National Institute for Deaf People (RNID), bunyi bising dari Vuvuzela ni menimbulkan risiko tinnitus ataupun telinga berdengung dan tidak mustahil untuk memberi kesan kekal kerosakkan telingga.. Mungkin lepas ni..para pengurus pasukan kelab terpaksa berteriak untuk memberi arahan kepada para pemain akibat kesan selepas Piala Dunia 2010...
Ni yang menjadi persoalan tentang kebajikan pemain yang tidak dijaga dengan baik oleh FIFA bagi melindungi nama baik kat Afrika...

Tuesday, June 15, 2010

Demam...Musimnya


Sekarang ni..ramai orang yang demam... mula-mula sorang..lepas tu dua..lepas tu empat..dah jadi macam sistem piramid pula... Situasi ini menarik minat aku untuk bercerita dengan korang tentang demam... Hahaha.. Macam dah tak de topik kan?? Korang baca jelah.. Tak nak baca..sudah :)

Ok..demam adalah tindak balas normal badan yang selalunya menandakan korang mempunyai penyakit-penyakit yang ringan atau tidak serius... Korang manusiakan??.. Bukan Jin atau pun Jembalangkan? Jadi suhu badan normal korang adalah 37 darjah Celcius...jika lebih dari 37... korang demam le maksudnya.. contohnya suhu badan sampai 400 darjah Celcius ke....hehehe

Demam ni terjadi di akibatkan oleh virus demam agaknya kot...  kalau dah demam.. maknanya korang kena buat rawatan.. Makwe lagi kita sayang..apatah lagi badan kita kan??  Ni antara langkah-langkah rawatan di rumah:
  1. Jika demam tidak teruk, tiada rawatan yang diperlukan..hehehehe
  2. Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendaalir dalam badan...cecair pelincir tidak di galakkan ye..
  3. Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup ayam..sup tom yam..sup soto..sup...suparman bin ketu
  4. Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.. Air panas suam ye..bukan air panas mendidih...kalau nak guna pun boleh..tak kan kena demam sampai bila-bila sebab dah ada kat dalam tanah..hahaha
  5. Berpakaian formal..macam nak pegi temuduga pula..gurau..berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan..tauuu..
  6. Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam.
Dah buat semua diatas?? demam masih tak reda-reda lagi..kena gi jumpa doktor le jawabnya.. Doktor Fazley ke.. hehehe...
Bila korang perlu berjumpa doktor??  jika korang mempunyai gejala seperti di bawah..kalau tak de..jumpa dukun ye..hehehe
  1. Jika suhu badan melebihi 39 darjah celcius
  2. Baru pulang dari luar negara...
  3. Mendapat gejala seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi atau bengkak-bengkak badan..
  4. Sakit perut, mata atau pipi
  5. Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah..
  6. Tidak dapat mengambil makanan dan bendaalir yang cukup..
  7. Sering buang air kecil dan mengalami kesakit atau dengan kadar yang sedikit..
  8. Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari..
Ni je nak kongsi ngan korang...jadi??  Jaga kesihatan korang baik-baik.. jangan dekat ngan orang yang demam kalau tak nak sakit..aku pun tengah demam ni..jangan datang dekat aku..tapi selalu jemgok-jengok blog aku ye..Aaaaaccchhhoooommmm... (bersin).. Alhamdulillah :)

Friday, June 11, 2010

Bahaya FREEMASON

Bermula 10 Sya'ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi.. Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa di mana kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan "FREEMANSON".

Mungkin ramai dah tau berkenaan FREEMASON ni.. mungkin ada yang tidak tahu lagi... FREEMASON ni macam satu organisasi rahsia yang bermula dari zaman Mesir Purba.. keanggotaan organisasi ni mengikut "chosen one" ataupun orang-orang terpilih saja..Organisasi ini mendakwa yang mereka ni adalah penyambung kepada generasi pembina Kuil King Solomon di israel...(tak iktiraf negara ni)... ada pendapat mengatakan bahawa organisasi ini memegang rahsia pembinaan bangunan yang merangkumi manipulasi tenaga positif dan negatif, iaitu elemen penting dalam pemujaan..

Organisasi ini ada pangkat-pangkat tertentu..pangkat 1, 2 macam SPM dulu2.. hehehe..gurau je.. menurut sumber..semuanya ada 33 pangkat..dan tidak semua ahli Freemanson ni tau yang diorang ni mengikuti organisasi yang sangat bahaya,, cuma ahli2 yang berpangkat 31 ke 33 sahaja yang tahu tujuan dan motif sebenar organisasi ni.. 

Pertubuhan ini dianggotai bangsa Yahudi TULEN seperti Ariel Sharon dan Ehud Barak.. Oraganisasi ini mempunyai beberapa pertubuhan yang dinaunginya serta menggunakan simbol yang sukar ditafsir seperti matahari, mata, dan pyramid antaranya seperti Illuminati, Pertubuhan B'nai B'rith, Pertubuhan Bahaiyah, Pertubuhan Kesaksian Yehova.   Pertubuhan ini dikatakan sangat banyak terdapat di Malaysia yang berselindung disebalik Kebajikan Lions Club dan Rotary Clubs.


Salah satu pecahan organisasi ini adalah Illuminati.. Illuminati ini diambil dari makna perkataan Lucifer (Iblis) yang bererti "pemegang cahaya".. Illuminati ini dapat mengusai media dengan mengaburi mata dunia menggunakan pelbagai peperangan dan revolusi mengjadikan kunci untuk mereka menguasai negara-negara lain...


13 keluarga pendokong Illuminati yang paling berkuasa di dunia sejak zaman berzaman ialah:
  1. Astor
  2. Bundy
  3. Collins
  4. DuPont
  5. Freeman
  6. Keneddy
  7. Li
  8. Onassis
  9. Reynolds
  10. Rockefeller
  11. Rothchild
  12. Russel
  13. Van Duyn
Mereka semua ni menguasai dunia di sebalik tabir..menguasai ekonomi, kewangan dunia, sistem geopolitik, kelas sosial tinggi, pentadbiran kerajaan, sektor swasta dan NGO, pendidikan tadika sehingga ke peringkat universiti (terutamanya Oxford, Cambridge, Harvard, Yale), pentadbiran agama di hampir seluruh dunia merentasi 7 benua 7 lautan.

Malaysia layak Piala DUnia 2010???

Wah.. Malaysia Layak??... Hahaha..gurau je..tapi siapa kate Malaysia tak akan layak kan?? Ni doa kita ni... Mana tau tahun 2014 ke.. Amin... Hah!.. ni nak cite pasal demam yang lebih hebat dan teruk dari wabak H1N1 baru-baru ni..tapi wabak ni majoriti yang mengidapnya adalah orang lelaki... termasuk aku lah ni... orang pompuan pun ada juga.. tapi tak ramai... Tulah wabak Piala Dunia 2010 yang akan mula melanda bermula hari ni 11 hb Jun 2010....

Ambik team mana?? Argentina ke?? Wah.. Messi ngan Milito memang hebat kat kelab masing2.. rase macam nak sokong team nilah.. Tevez pun hebat juga.. Cambiasso lagi.. Dengar-dengar.. Pablo Aimar pun di serap sama.. wah.. makin hebat Argentina tahun ni... tapi kan..sory ye penyokong Argentina.. Star-star ni kalau main kat negara macam tak menjadi pula kan?.. tu yang aku perasan le.. tapi tak tau pula lepas Liga Juara2 hari tu..

Aku sokong team apa ye??? Korea Utara kot?? Hehehe.. gurau je.. Mungkin masih kekal ngan dua team ni... Brazil ngan Jerman... dari Piala Dunia 2002 lagi aku dah ambik dua-dua team ni.. tahun 2006 pun sama.. kalau korang perasan.. Jerman ni maintain ye.. tak kuat sangat but permainan dan prestasi maintain.. Brazil tahun ni mantap beb... walaupun tak menyerlah ngan star-star yang bergemelapan..tapi aura skuad samba ni memang kuat.. masih ramai pengikut... cuma kecewa sebab tak bawa si gigi @ Ronaldhinho.. hai.. dah le jarang nampak si gigi ni main live kat kelab.. ni tak dapat pula tengok kat Piala Dunia.. En. Gigi.. meh datang Malaysia.. jadi skuad utama.. nak?? hehehehe

Tu je nak komen untuk Piala Dunia 2010.. aku pun bukan tau sangat ngan bola sepak ni.. tau-tau begitu je.. Untuk korang semua, terutamanya para suri rumah.. faham-faham le ye ngan wabak Piala Dunia ni ye.. spoting sket ye... hehehe...

Salam sukan untuk semua.. majulah sukan untuk negara... ( macam pengulas sukan pula kan??.. angan-angan jelah )

Wednesday, June 9, 2010

Si Tokek...Dulu Pemalu..Kini Berbangga

Nak tau apa tu Tokek?... Ni na dia di sebelah.. Hensem tak?? Ambik gambar dalam 3 dimensi lagi.. hahaha... Nak tau tak?? Si kawan ni (Tokek) ni selalu duduk belakang almari..masa nak kasi bersih kelas dulu..selalu jumpa belakang almari..tapi tidak le coler-coler macam gambar ni ( copy dari google :P).. dulu kalau jumpa.. halau je.. sekarang dengar-dengar harganya mahal... nyesal pula tak tangkap dulu... Tapi dengar-dengar.. Cicak ni
pandai menggigit.. hehehe.. mcm tak de gigi je aku tengok... hahahaha..




Mungkin ramai dah tahu kenapa harganya mahal.. dengar-dengar cite..boleh sembuhkan beberapa penyakit kronik??? Ada fakta menyebut bahawa si kawan ni mengandungi suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik.. kira macam hempedu beruang hari tu lah yang mampu menghambat pertumbuhan cancer, melawan HIV dan H1N1.. Zat si kawan
ni di beri nama IUPAC Tri-heksipentafenikol (Sumber dari pencarian Internet).. Ni lah kuasa Allah kan..

Ni Harga semasa yang aku dapat dari Internet..




Harga Beli : TOKEK KB:
JUAL TOKEK KECIL HARGA MURAH:
  • 80GM - 130GM=RM100/EKOR 
  • 131GM-160GM=RM200/EKOR
  • 161GM-199GM=RM1500/EKOR
ATAU:
JIKA BELI BORONG, HANYA RM3500 / 1 KG - PELBAGAI SAIZ ANTARA 80GM - 199GM.
HARGA BELI: KOREAN MASTER DEALER MEMBELI TOKEK SAIZ BESAR:
  • BERAT 200 Gram KE ATAS = RM3,000 
  • BERAT 250 Gram KE ATAS = RM5,000
  • BERAT 280 Gram KE ATAS = RM8,000 
  • BERAT 300 Gram KE ATAS = RM150,000
  • BERAT 500 Gram KE ATAS = RM500,000 - RM4 JUTA
  • BERAT 1 KG KE ATAS = RM5 JUTA - RM10 JUTA
  HARGA TERKINI GERMANY BROKER:
  • 220GM-249GM = RM5000 
  • 250GM-279GM = RM10,000
  • 280GM-299GM = RM20,000
  • 300GM-499GM = RM300,000.00
  • 500GM-999GM = RM900,000.00
  • 1 KG KE ATAS = RM5 JUTA - RM20 JUTA 
  • TOKEK BATU 500GM - 2KG = RM30,000 - RM60,000
Mahal juga kan harga si Kawan ni??? hah! siapa yang berminat.. godek-godek le kat laman

Aku bukan dealer atau orang tengah ye..ni saja-saja bagi info kat korang... jangan bazirkan Tokek kat umah tu.. tapi jaga-jaga..pandai menggigit ni..dah ada orang mati dah aku dengar....???

Aku sambung dari info kat Blog kawan aku (Promosi blog kawan-kawan)
http://alaixys.blogspot.com






Tuesday, June 8, 2010

Pandangan Sheikh Yusuf al-Qaradawi tentang boikot Israel

Sebelum kita membaca hujah-hujah dari Sheikh Yusuf al-Qaradawi, adalah lebih cantik sekiranya kita mengenali serba sedikit latar belakang siapa tokoh berkenaan.. 
Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi ( يوسف عبدالله القرضاوي‎) adalah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal. Beliau merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars). Sumber : Wikipedia
Di bawah ini merupakan pandangan Sheikh Yusuf al-Qaradawi tentang boikot Israel
Katanya:
Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu.
Palestin adalah bumi kepada Kiblat pertama umat Islam, bumi Isra’ dan Mi’raj, bumi kepada Masjid al-Aqsa dan daerah yang dimuliakan Allah. Penakluk bumi ini merupakan musuh besar kepada umat Islam, dan mereka didokong oleh negara yang terkuat ketika ini – Amerika, juga komuniti Yahudi dari seluruh dunia.
Jihad wajib dilancarkan kepada mereka yang merampas tanah dan menghalau pemiliknya, menumpahkan darah, mengkhianati kehormatan, memusnahkan rumah-rumah, membakar ladang-ladang, dan memusnahkan bumi berkenaan. Jihad merupakan kewajipan yang paling terdahulu dari kewajipan-kewajipan yang lain, merupakan tugas paling utama umat Islam. Muslim mesti melaksanakan jihad, pertamanya kepada pemilik tanah berkenaan, kemudian jiran-jirannya, dan akhirnya seluruh umat Islam. Kita mesti bersatu menentang penjajah. Kita bersatu di dalam Islam, termasuklah kesatuan dalam iman kepada Shari’ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Seperti yang difirmankan oleh ALlah: “Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu.” (Qur’an, 21:92).  Allah swt juga berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara.” (Qur’an, 49:10).  Dalam satu riwayat Hadith Rasulullah SAW menyatakan: “Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya,) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.” [Riwayat Muslim].
Hari ini kita melihat saudara dan anak-anak kita di Al-Aqsa dan Palestin mengorbankan darah mereka, menyerahkan jiwa mereka di jalan ALlah. Seluruh umat Islam mesti membantu mereka dengan apa jua kuasa yang mereka ada. (Lihat al-Quran, 8:72).
Sekiranya seseorang meminta bantuan kerana agamanya, kita mesti membantu. Jentera bantuan kepada mereka adalah melalui boikot secara menyeluruh terhadap barangan musuh. Setiap riyal, dirham… dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka beerti menyokong tirani, penindasan dan kekejaman. Membeli barangan mereka akan menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka semampu kita. Kewajipan kita juga adalah untuk memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita  yang berjuang di bumi barakah ini semaksima yang boleh. Jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita, adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka.
Barangan Amerika, sepertimana barangan “Israel” adalah haram. Adalah haram untuk mengiklankan barangan mereka. Hari ini, Amerika adalah Israel kedua. Mereka membantu sepenuhnya entiti Zionis. Israel tidak mampu merampas tanpa bantuan Amerika. Semua pemusnahan yang dilakukan “Israel” adalah dengan menggunakan duit Amerika, senjata Amerika, dan veto Amerika. Amerika telah berkurun-kurun melakukan semua ini tanpa menerima kesan hukuman atau protes terhadap tekanan dan kedudukan mereka yang mencurigakan daripada dunia Islam.
Kini tibalah masanya untuk umat Islam mengatakan “TIDAK” kepada Amerka, “TIDAK” kepada syarikat-syarikatnya, dan “TIDAK” kepada barangannya yang membanjiri pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan pandu apa sahaja hasil produk Amerika.
Kita semua mesti bersatu menentang penceroboh. Kita bersatu dalam Islam, termasuklah kesatuan iman kepada Sharia’ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Allah swt berfirman: Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu.” (Qur’an, 21:92).

‘Ali ra. pernah berkata: “Kamu ada tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu, dan musuh kawan kamu”. Amerika hari ini adalah lebih daripada kawan terhadap musuh kita; mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk Israel. Umat Islam seluruh dunia yang mencecah 1.3bilion, mampu memberi kesengsaraan kepada Amerika dan syarikat-syarikatnya dengan memboikot mereka. Ini adalah kewajipan agama kita, dan merupakan jalan ALlah. Setiap orang Islam yang membeli barangan “Israel” atau Amerika, bilamana terdapat pilihan barangan dari negara lain, adalah melakukan suatu yang haram. Mereka melakukan dosa secara jelas, merupakan satu jenayah kepada undang-undang ALlah, yang akan mengundang hukuman ALlah dan kebencian manusia.

Saudara-saudara kita di ”Israel” dan Amerika terpaksa berurusan dengan mereka dan membeli produk mereka. Allah tidak meminta sesuatu di luar kemampuan; hanya apa yang kita mampu.

Allah berfirman: “Maka bertaqwalah kamu kepada ALlah menurut kesanggupanmu” (Qur’an, 64:16).

RasuluLlah saw. pernah bersabda: “Sekiranya aku mengarahkan sesuatu, buatlah sebanyak yang kamu mampu.” Muslim di Amerika harus bekerja dengan syarikat-syarikat yang paling kurang permusuhan kepada Islam, paling kurang bersekutu dengan Zionis. Boikot syarikat-syarikat Zionist sebanyak yang mungkin.
Arab dan dunia Islam lain mesti memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara “Israel.” Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah. Kebelakangan ini, kita dapat lihat negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan mereka memerdekakan diri dari penjajahan. Contoh yang terkenal adalah Gandhi yang telah mengarahkan masyarakat India memboikot barangan Inggeris, dan merupakan usaha yang berkesan. Boikot berada di tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak dapat memaksa rakyat membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya mereka sedar bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus, InsyaALlah. Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat Islam bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan merosakkan kita. Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam and kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati saudara kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi keuntungan kepada musuh kita. Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya’, dan menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh. Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu.” Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang besar.
Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.
Sekiranya seorang pengguna membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira melakukan satu dosa yang berat, sudah tentu pedagang yang membeli barangan tersebut  dan menjadi ejen mereka dikira melakukan dosa yang lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut beroperasi dengan menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka hanya memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh mereka. Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan kesedihan, dan menerima perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh Zionis.
Allah berfirman: “Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan ALlah bersama kamu.” [Qur'an, 47:35].
Saya menyeru semua yang beriman kepada ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding kebathilan, dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk memenangkan mereka yang lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan ALlah, mempertahankan tempat yang suci.
Saya juga memohon pekerja-pekerja Arab dan negara-negara Islam dari seluruh dunia supaya menyokong rakyat Palestin, dan menunjukkan kemaharan mereka dengan melawan penzalim yang sangat gagah ini, dengan mengganggu perniagaan mereka sebanyak yang mungkin. Akhirnya, saya meminta mereka yang bijak, bertimbang rasa dan berpengalaman di setiap negara supaya bersatu membina boikot, mewujudkan pilihan alternatif dan mengelak daripada apa-apa yang tidak baik, dan teruskan mendidik masyarakat, sehinggalah kebenaran menang dan kepalsuan terhapus. Yakinlah, ianya akan musnah.
“Katakan ‘bekerjalah,’ sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia yang tidak pernah kamu lihat dan kamu akan tahu apa yang kamu telah kerjakan.”
“Pandangan ini adalah berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma’ umat Islam.” WaLlahu ‘alam
Sumber :  http://haluanpalestin.haluan.org.my

" WAHAI SAUDARAKU SEKALIAN... SAMA-SAMALAH KITA MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL...ITULAH SEKECIL-KECIL USAHA YANG PASTI MAMPU KITA LAKUKAN...PASTI! "