Friday, June 11, 2010

Bahaya FREEMASON

Bermula 10 Sya'ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi.. Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa di mana kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan "FREEMANSON".

Mungkin ramai dah tau berkenaan FREEMASON ni.. mungkin ada yang tidak tahu lagi... FREEMASON ni macam satu organisasi rahsia yang bermula dari zaman Mesir Purba.. keanggotaan organisasi ni mengikut "chosen one" ataupun orang-orang terpilih saja..Organisasi ini mendakwa yang mereka ni adalah penyambung kepada generasi pembina Kuil King Solomon di israel...(tak iktiraf negara ni)... ada pendapat mengatakan bahawa organisasi ini memegang rahsia pembinaan bangunan yang merangkumi manipulasi tenaga positif dan negatif, iaitu elemen penting dalam pemujaan..

Organisasi ini ada pangkat-pangkat tertentu..pangkat 1, 2 macam SPM dulu2.. hehehe..gurau je.. menurut sumber..semuanya ada 33 pangkat..dan tidak semua ahli Freemanson ni tau yang diorang ni mengikuti organisasi yang sangat bahaya,, cuma ahli2 yang berpangkat 31 ke 33 sahaja yang tahu tujuan dan motif sebenar organisasi ni.. 

Pertubuhan ini dianggotai bangsa Yahudi TULEN seperti Ariel Sharon dan Ehud Barak.. Oraganisasi ini mempunyai beberapa pertubuhan yang dinaunginya serta menggunakan simbol yang sukar ditafsir seperti matahari, mata, dan pyramid antaranya seperti Illuminati, Pertubuhan B'nai B'rith, Pertubuhan Bahaiyah, Pertubuhan Kesaksian Yehova.   Pertubuhan ini dikatakan sangat banyak terdapat di Malaysia yang berselindung disebalik Kebajikan Lions Club dan Rotary Clubs.


Salah satu pecahan organisasi ini adalah Illuminati.. Illuminati ini diambil dari makna perkataan Lucifer (Iblis) yang bererti "pemegang cahaya".. Illuminati ini dapat mengusai media dengan mengaburi mata dunia menggunakan pelbagai peperangan dan revolusi mengjadikan kunci untuk mereka menguasai negara-negara lain...


13 keluarga pendokong Illuminati yang paling berkuasa di dunia sejak zaman berzaman ialah:
  1. Astor
  2. Bundy
  3. Collins
  4. DuPont
  5. Freeman
  6. Keneddy
  7. Li
  8. Onassis
  9. Reynolds
  10. Rockefeller
  11. Rothchild
  12. Russel
  13. Van Duyn
Mereka semua ni menguasai dunia di sebalik tabir..menguasai ekonomi, kewangan dunia, sistem geopolitik, kelas sosial tinggi, pentadbiran kerajaan, sektor swasta dan NGO, pendidikan tadika sehingga ke peringkat universiti (terutamanya Oxford, Cambridge, Harvard, Yale), pentadbiran agama di hampir seluruh dunia merentasi 7 benua 7 lautan.

1 comment: