Monday, September 6, 2010

Hari Raya Aidilfitri...


Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang tidak lama lagi kunung tiba, di sini saya ingin berkongsikan beberapa adab-adab yang patut kita semua amalkan dalam menyambut hari kemenangan tersebut antaranya:

1. Menghidupkan malam hari raya dengan memperbanyakkan amal ibadah.
2. Mandi sunat hari raya
3. Memakai bau-bauan harum
4. Memakai pakaian yang baik
5. Menjamah sedikit makanan sebelum ke masjid
6. Menunaikan zakat fitrah sebelum sembahyang sunat hari raya
7. Berjalan ke masjid dengan tenang dan tawaduk
8. bertakbir semasa berjalan ke masjid
9. Mengucap tahniah bila berjumpa saudara-saudara muslim
10. Mengelakkan pembaziran
11. Menjauhi segala perkara maksiat yang sia-sia

Wednesday, August 11, 2010

Demi Masa... Mecca Royal Clock Hotel Tower



Demi masa...sesungguhnya manusia kerugian..melainkan yang beriman dan beramal soleh... Hari ni nak cerita pasal menara jam terbesar di dunia di Tanah Suci Makkah.

Menara jam ni bermuka 4 menjadi pencakar langit tertinggi di negara Arab Saudi apabila siap 100 % nanti dengan berketinggian kira-kira 600 meter, bangunan kedua tertinggi selepas Burj Khalifa, Dubai.

Menara ni mempunyai jam yang terbesar sekali di dunia dan lebih besr berbanding jam di Cevahir Mall di Istanbul yang mempunyai ukuran muka 36 meter pada bumbung telus cahaya.  Kompleks jam di Makkah yang di reka menghadap Kaabah membabitkan projek bernilai $800 juta atau RM 2.56 Bilion.. Wahhh!!!


Wednesday, August 4, 2010

Sedarkah Kita..Di Mana Kita..


Di mana kita saat saudara-saudara kita di seksa di bumi sendiri?  Sebagai umat islam yang bukan dasarnya pada nama..apakah tanggungjawab kita kepada saudara seagama kita?.. Mana rasa cinta dan kasih sayang kita kepada mereka?

Terdapat usaha dimana bantuan keperluan harian di hantar ke semenanjung Gaza untuk penduduk Palestin... Beribu-ribu KM dari Malaysia.. Tapi sedarkah kita bencana yang melanda jiran kita sendiri..hanya beberapa jam perjalanan dari Kelantan?  Ya..pergolakan yang berlaku di Patani yang majoriti penduduknya beragama Islam..

Anda tahu tak yang penduduk Patani setiap hari di himpit perasaan gelisah kerana kekejaman Siam?  Tahu tak kita?  Kita hanya di gembar gemburkan dengan masalah yang beribu-ribu batu jauh dari Malaysia sedangkan yang konflik penindasan terhadap orang islam di negara jiran kita tidak di ambil kira...

Coretan ni bukan untuk menunjukkan ketidakpuasan hati.. Namun hanya memberi info kepada saudara-saudara sekalian... Kesedihan yang melanda kepada saudara kita patut di rasai oleh kita juga.. Patut mendapat bantuan dari kita juga...

Dapatkanlah info-info dari Internet berkenaan konflik Patani ni.. Celikkan mata, bukakan minda.. Patutkah kita hanya memboikot barangan keluaran Israel sahaja?  Siam?  Fikir-fikirkanlah...

Monday, August 2, 2010

Altenatif Untuk Tingkatkan Trafik


Assalamualaikum dan apa kabar? Ada Baik?  Hari ni nak kongsi sket maklumat yang aku dapat dari blog Abang Long Online.. Cara untuk tingkatkan trafik korang.. khas untuk newbie macam aku le..pengunjung 2 3 orang je sehari.. Kita cuba je ye..berjaya atau tidak.. tu atas usaha kita dan ni bukan memberikan apa-apa kerugian atau keuntungan dari segi kewangan kepada korang ye..saje nak up trafik kan?
Ok kawan-kawan.. Kalau nak cuba..boleh daftar kat 23Blogs.com.  Caranye?  mudah je.. klik je kat sini..ada tepi blog aku ni :)
Lepas tu..masukkan le e-mail korang..ngan password sekali.. dah tu.. Tq dah habis..
Hehehe..gurau je.. lepas dah daftar.. korang klik kat here tu..eh..ganjil bunyi ayat ni
Kemudian korang isi maklumat yang diminta..maklumat blog korang ye..bukan blog aku
Lepas tu..korang dapatkan le code untuk masukkan kat blog korang.. klik get code > pilih Style yang sesuai kemudian klik submit
Ada 14 Style yang boleh korang pilih... Untuk pilih Style, klik SINI..

Dah pilih? Masukkan kat blog korang..  Untuk kelebihan menggunakan 23Blogs.com ni.. korang baca le kat SINI.. Aku nak terangkan..takut salah faham pula.. maklumlah.. cakap ongputih :)

Sunday, August 1, 2010

Hukum Menghisap Rokok

Mungkin isu ni dah lapuk..tapi nak juga utarakan semula berikutan bulan Ramadhan yang sudah dekat..semoga bulan yang mulia ni dapat membebaskan diri anda dari cengkaman rokok.. Buat perokok.. Minta maaf banyak-banyak.. Ni tanggungjawab saya sebagai saudara kalian... Saya ambik makluman ni dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sebagai panduan anda.. ni aku sediakan link supaya senang korang nak baca fatwa-fatwa lain..semoga dapat meningkatkan pengetahuan agama kita :
Huraian Tajuk/Isu: 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta untuk mengkaji semula fatwa hukum menghisap yang telah dibuat dalam tahun 1987.
Hukum-hukum tersebut adalah melibatkan persoalan :
1.1. Hukum menghisap rokok
1.2. Hukum menghisap rokok di dalam Masjid
1.3. Hukum menghisap rokok semasa membaca Al-Quran
1.4. Hukum menghisap rokok yang boleh mendatangkan mudarat

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah bersidang untuk mengambil keputusan berkenaan hukum perkara di atas.
Keputusan: 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara tersebut di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam serta berpandukan taklimat yang oleh Dr. Khairuddin berkenaan rokok.

2.2. Maka Jawatankuasa perunding Hukum Syara' telah membuat keputusan seperti berikut :

2. 2. 1. " HUKUM MENGHISAP ROKOK "
Hukum menghisap rokok adalah MAKRUH mengikut Mazhab kita Syafieah,
Tersebut dalam kitab "Yasalunaka Fiddin Wal Hayah"
Maksudnya :
Apabila adalah ulama' fikah bersalah-salahan pendapat mengenai hukum menghlsap rokok, maka kata setengah ulama' hukumnya harus, kerana mengikut kaedah: asal pada segala perkara hukumnya harus, kata setengah ulama' hukumnya makruh kerana cemarnya dan kata setengah ulama' pula hukumnya haram kerana bahayanya, maka sekurang-kurang alasan mereka iaitu menghisap rokok adalah merupakan pembaziran harta pada perkara yang tidak ada faedah.
Dan bahawasanya menghisap rokok, selain daripada alas an alasan yang tersebut tadi, menyebabkan busuk bau mulut dan dari kerana itulah datang dalam mazhab Syafie bahawa menghisap rokok hukumnya Makruh, kerana pada rokok terbit bau busuk yang boleh dibenci oleh orang lain, sedangkan di masjid orangramai bercampur gaul dan duduk berhimpit-himpit lazimnya.

2.2.2. " HUKUM MENGHISAP ROKOK DI DALAM MASJID "
Hukum menghisap rokok di dalam masjid adalah HARAM Hukum ini dibuktikan dengan Nasnya iaitu :
Maksudnya :
Dan sesungguhnya telah meriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Jabir bin Abdullah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barang siapa makan bawang merah atau bawang putih atau kucai. Maka janganlah ia menghampiri masjid kami, kerana bahawasenya malaikat merasa benci dengan apa yang dibenci, oleh manusia, dan sesungguhnya ulama' fikah telah mengqiaskan rokok dengan benda-benda yang berbau busuk ini, kerana ada persamaan elah (sebab) pada benda-benda yang tersebut ini.

2. 2 . 3 . " HUKUM MENGHISAP ROKOK SEMASA MEMBACA AL-QURAN "
Hukumnya adalah HARAM. Hukum ini diputuskan dengan berlandaskan nasnya seperti berikut
Ertinya :
Dan sesungguhnya adalah munasabah bahawa kita menyebutkan akan kata-kata yang mengandungi amaran yang telah diperkatakan oleh yang diambil daripada gurunya mengenai menghisap rokok duduk membaca Al-Quran, iaitu sikap kita di dalam memuliakan dan membesarkan Allah, maka iaitu haram menghisap rokok dalam majlis Al-Quram dan tidak ada wajah bagi kaul mengatakan makruh.

2.2.4. "HUKUM MENGHISAP ROKOK YANG BOLEH MENDATANGKAN MUDHARAT "
Hukumnya adalah HARAM : hukum ini diputuskan berdasarkan beberapa nas-nas yang dinyatakan di bawah iaitu :
Firman Allah Taala :
Ertinya :
Dan setiap keburukan yang menimpa kamu itu ialah dibuat oleh tangan kamu sendiri.
Firman Allah Taala :
Maksudnya :
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.
Prof Dr. Ahmad Shaalibi daalam bukunya bertajuk :
"Kehidupan Sosial Dalaam pemikiran Islam" ada menyebutkan" mengenai peringkat HARAM bagi seseorang itu merokok. Beliau dalam pandangannya memetik pendapat Sheikh Mahmud sebagai berkata Ulama-ulama ada mengharamkannya dan ada yang memakruhkannya disebabkan la boleh mengganggu kesihatan penghisapannya makan dan mendedahkan anggota jasmani kepada kerosakan.
Prof Dr. Ahmad Shalibi menyebutkan juga pandangan bekas Mufti Mesir yang menyatakan "Menurut pendangan hukum : andainya terdapat bahaya, samada banyak atau sedikit dari penghisapan apa sahaja. umpamanya boleh merosakkan perasaan dan menghilangkan wang dengan sia-sia, maka hukumnya berpindah daripada halal kepada makruh atau haram menurut qadar bahaya dan tempohnya "

Persediaan Bulan Ramadhan


Tak lama lagi..bulan yang Ramadhan menjelang tiba...kita sebagai umat islam adalah diwajibkan untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadhan.. Ada yang menyambut bulan ini dengan wajah yang berseri-seri dan ada juga yang menyambutnya dengan wajah yang dukacita... Kebanyakkan wajah dukacita sebab malas nak berpuasa.. Ya Allah.. Lindungilah aku dari tergolong di kalangan golongan ini...

Ni nak cite apakah persediaan yang patut kita buat sebelum menjelang bulan Ramadhan.. Tak wajib..sebagai persiapan je..
  1. Memperbetulkan aqidah dan keimanan kepada Allah swt menurut panduan yang sahih dengan memastikan kefahaman aqidah, konsep keimanan berada di landasan yang benar dan membersihkan karat-karat kesyirikkan dan kejahilan dari jiwa.“ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Al-Isra : 15).
  2.  Mempersediakan diri dengan ilmu dan panduan ibadah serta puasa yang sahih dan kaedah menjalankan ibadah secara sahih. “ Bertanyalah kamu kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui” (An-Nahl : 43).
  3. Hendaklah juga siapa yang akan menjalani bulan ramadhan mempersiapkan dirinya dengan kemampuan fizikal dan kekuatan jasadiyah serta juga material moga dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan selesa.  “Dan bersedialah kamu dari kekuatan untuk peperangan itu apa yang kamu mampu dari kuda yang terikat moga demikian menakuti musuh Allah dan musuh kamu..” (Al-Anfal : 60).
  4. Mempersiapkan perancangan dan persediaan jadual akitiviti kehidupan dengan mengatur supaya dapat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan dan lain-lain ibadah dengan teratur dan selesa serta tanpa gangguan.  "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah.Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (Al-Munaafiqun: 9).

Wednesday, July 28, 2010

"TIKUS" Mungkin Akan Pupus?


"TIKUS" akan pupus?  Bukan tikus yang panjang mulut tu..tapi yang korang selalu pegang tu..tiap-tiap hari pegang masa duduk depan komputer.. Ooo salah pula..bukan tikus tapi tetikus ataupun "Mouse"...  Sekarang ni.. Apple (Nama syarikat ye..bukan epal) telah keluarkan satu peralatan elektronik yang boleh menggantikan mouse iaitu MAGIK TRACKPAD.. Tepuk tangan ramai-ramai... motifnya same je macam touch pad kat laptop korang tu..cuma dibuat untuk PC pula..

Menurut Apple..MAGIK TRACKPAD ni masih boleh berfungsi walaupun dah berpisah sejauh 10 meter ataupun 33 kaki dari PC korang.. Jauh juga ye..sebab guna aplikasi Bluetooth...tapi tak guna juga kan..kalau monitor besar bagak takpe juga..ni..mane nampak lagikan kalau dah sejauh tu.. Tak tau boleh guna untuk semua jenama komputer ke tak..yang pastinya.. Desktop Mac konfom boleh guna sebab pengeluar yang samakan..

Tuesday, July 20, 2010

Ramadan Hampir Tiba..Sekarang Syaaban


Turutan Bulan Dalam Takwim Hijrah

  1. Muharam al-Haram
  2. Safar
  3. Rabiulawal
  4. Rabiulakhir
  5. Jamadilawal
  6. Jamadilakhir
  7. Rejab
  8. Syaaban
  9. Ramadan
  10. Syawal
  11. Zulkaedah
  12. Zulhijah
Pengenalan Bulan Syaaban
 
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
 
Fadhilat Bulan Syaaban
 
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.    
 
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
 
Sumber : Jabatan Mufti Melaka

Monday, July 19, 2010

Khasiat Surah Al-Waqiah


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Wednesday, July 14, 2010

Majlis Tari Menari Selesai Semalam..WAKAKA is the best



SHOWDOWN 2010 dah berakhir semalam...Wah memang hebat-hebat finalist semalam..terkeluar tak malu..kalah bermaruah..

Aku betul-betul tak sangka yang di Malaysia ni..ramai Bboy yang hebat-hebat..selama ni layan Jabberworker je... Tapi semalam..anak-anak Malaysia membuktikan bahawa mereka tak jauh ketinggalan ngan Bboy luar..skill memang power siottt...

Buat kesemua team finalist..korang memang hebat-hebat belaka...tabik spring kat diorang...seperti kata Joe Flizzow..dua team yang beattle kat final tu memang akan jadi lagend untuk Bboy beribu-ribu Bboy yang akan lahir kat Malaysia ni..

Apa-apa pun..tahniah buat penganjur kerana telah menganjurkan pertandingan yang luar biasa dan sangat menarik..Tahniah... Wakaka... korang memang best... GBC... skill korang memang tahap antarabangsa... FF.. tarian korang memang dah macam star...

Monday, July 12, 2010

Pemain-Pemain Yang Memberi IMPAK BESAR Pada World Cup 2010

 
World Cup 2010 dah menutup tirainya..kini pemain-pemain yang beraksi cemerlang di iktiraf oleh dunia... Anugerah pemain terbaik kejohanan telah di menangi oleh Diego Forlan dari Uruguay yang memang tidak dapat di sangkal lagi kehebatannya... Dia sorang saja dapat mempengaruhi kawan-kawan sepasukkannya yang lain untuk bermain cemerlang dan melayakkan mereka ke empat pasukan terakhir World Cup 2010...

Di bawah ni top 3 pemain terbaik World Cup 2010:
  1. Diego Forlan (23.4 %)
  2. Wesley Sneijder (21.8 %)
  3. David Villa (16.9 %)
Anugerah Pemain Muda Terbaik pula di menangi oleh Thomas Mueller (Horeee...sebab aku penyokong Jerman).. dan seterusnya berkongsi kasut emas ngan empat pemain yang lain iaitu:
  1. Thomas Mueller (5 Gol)
  2. Diego Forlan(5 Gol)
  3. Wesley Sneijder (5 Gol)
  4. David Villa (5 Gol) 

Sunday, July 11, 2010

Sepanyol Juara..Belanda Kalah Dengan Megah


Sepanyol dah sah menjadi juara Piala Dunia 2010 buat pertama kalinya.. Manakala Belanda berpuas hati sekadar meraih tempat kedua... Buat penyokong Belanda..Belanda main ngan baik..dapat menyaingi Sepanyol..namun nasib tidak menyebelahi mereka..

Buat penyokong Sepanyol..tahniah..siapa sangka Sepanyol yang kalah perlawanan pertama boleh menjadi juara ngan permainan yang konsisten... Belanda pula..kalah perlawanan terakhir mereka..memang sesuatu yang boleh di buat cerita kan?

Apa-apa pun..kedua-dua negara ni mungkin akan bertembung 2 tahun lagi bagi Euro 2012.. Jerman pun boleh balas dendam...Buat semua peminat-peminat bola..demam korang dah berakhir (Termasuk aku)... tunggu lagi 4 tahun akan datang..

Apa-apa pun..tahniah buat penganjur iaitu Afrika Selatan yang dapat menjayakan temasya ni ngan jayanya... Lepas ni..susah dah nak update blog..kena cari cite sensasi lain ni..hahaha

Jerman..Tempat Ke 3...

Sepanyol memang bertuah sebab Jerman main tak cukup korum masa semi final hari tu.. bukan nak kata Sepantol akan kalah..tapi sekurang-kurangnya tak le main buruk.. mesti lebih banyak aksi kedua-dua pasukan yang lebih bertenaga dapat disajikan sekiranya Jerman dapat turunkan Muller masa separuh akhir hari tu..

Buat penyokong Uruguay..team korang memang hebat..bergetar juga le lutut aku tengok penyerang-penyerang Uruguay buat gerakan-gerakan yang menarik..memang tabik sping kat team Uruguay.. Forlan main memang lima bintang..ko lah snaper paling tajam pernah aku tengok..
Buat penyokong Sepanyol dan Belanda malam ni..harap-harap kita dapat di sajikan ngan mainan yang menarik dan bertaraf final..setiap saat penuh ngan debaran.. Memang kedua-dua pasukan seimbang dari segi kemahiran dan pengalaman.. Memang layak ke final.. ape-ape pun.. Esok.. World Cup dah nak menutup tirainya.. Tunggu lagi empat tahun.. Mungkin ada yang sekarang menumpang tengok kat rumah kawan or kedai kopi..mungkin empat tahun akan datang dah tengok kat rumah banglo sendiri depat TV 56 inci.. Mungkin sekarang tengok sorang-sorang..mana tahu empat tahun kemudian dah ada yang duduk kat sebelah temankan kita..hehehe

Apa-apa pun.. World Cup tahun ni memang best..walaupun banyak kejutan.. telinga pun dah biasa ngan Vuvuzela.. Wei dengar-dengar dah ada kat Malaysia.. Haiyoooo...

Thursday, July 8, 2010

Modenas CT100... Prestasi Memuaskan


Nilah motosikal keluaran negara Malaysia iaitu CT100... suka tengok bodynya berbanding Kriss.. Jadi aku pun menggunakan motosikal ni.. Warna kuning ok le..malam-malam orang boleh nampak...

Aku dah guna motosikal ni lebih kurang 2 bulan.. pada awalnya..memanglah tak berapa best..nak tukar gear dari 1 ke 2 pun susah..sampai melompat-lompat moto ni... tapi dah lama sket..ok dah.. memang puas hati ngan prestasi moto ni.. terutama minyak.. hehehe.. aku ni jenis jarang berjalan..jadi lebih kurang RM 8.00 je seminggu... kira OK LAH TU..
Kalau korang perasan.. jurureka bentuk-bentuk kenderaan keluaran Malaysia dah semangkin IMPROVE kan?  Comel-comel je semua rekaan diorang.. Sape kate barang keluaran Malaysia tak BRANDED...

Cuma satu je yang aku tak berapa berkenan ngan moto ni..seat dia kecil sangat..muat-muat dua orang yang kurus je..tapi kalau angkut awek jalan-jalan..memang best..tq modenas..hahaha

Iklan Buffered Pertama.. Yahooooooo!!

Sepetang kelmarin..aku naik heran ngan iklan kat head yang tak nak hilang... Tak sangka untuk dapat iklan Buffered pertama aku setelah memblogkan diri lebih kurang 1 bulan n beberapa hari... Tak sangka pihak nuffnang memberi kepercayaan kepada aku untuk mempromosikan iklan celcom kat blog aku ni..
 
Mungkin blogger-blogger otai dah lama dan dah berlambak dah dapat iklan buffered dari nuffnang ni.. aku baru satu je... ape-apepun..nak rajinkan diri untuk sentiasa mengupdatekan blog ni ngan isi-isi yang lebih menarik..tak le merapu macam sekarang ni...
Berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak nuffnang sekali lagi dan blogger-blogger sekalian yang sudi melawat blog aku selama ni... Nanti aku belanja korang makan kat gerai.. masing-masing bayar le..hehehe..

Ni nak temberang sket ngan korang.. hehehe


Wednesday, July 7, 2010

Jerman dan Brazil..Gagal.. Tetapi Bermaruah



Sepagi tadi aku masih kecewa ngan mainan pemain-pemain Jerman.. Tak main macam masa menang dengan England dan Argentina hari tu.. Memang kecewa sangat.. Tetapi puas hati jugalah sebab pemain-pemain muda Jerman telah sajikan aku ngan permainan yang sangat menarik pada penghujung babak.. ingatkan dapat samakan kedudukan.. Tak pe.. buat pemain-pemain Jerman..korang gagal ke final ngan bermaruah... Cayalah..

Buat skuad Brazil.. walaupun dah basi dah dengar cite tentang kekalahan skuad Brazil ni.. Tapi aku tetap nak sokong Brazil juga.. Cuma ada beberapa pemain yang terlalu beremosi membuatkan satu pasukan terpaksa gigit jari.. Mase Belanda tewaskan Brazil hari tu..memang aku tak iktiraf.. nasib je tu.. tapi.. Belanda tunjukkan yang mereka memang layak tewaskan Brazil ngan semangat 1 Belanda mereka..hehehe..

Kesimpulannya.. Jiwa aku tenang tengok pelawanan akhir nanti.. tak de dah team yang aku sokong (Sob..sob..sob) Tapi..semangat kepialaduniaan aku tetap utuh..tetap nak tengok pelawanan akhir nanti.. Jom ramai-ramai kita tengok pelawanan akhir pagi Isnin ni...
 

Monday, June 28, 2010

Cerita World Cup 2010 Pula...


Germany dan Brazil dah melayakkan diri ke peringkat SUKU AKHIR... Walaupun bukan dilahirkan atau warganegara kedua-dua negara tersebut..akan tetapi aku turut bergembira dengan kejayaan kedua-dua negara tersebut melayakkan diri ke peringkat yang seterusnya... Sejak azali lagi aku dah minat ngan dua negara ni.. bukan sebab STAR yang ada kat dalam kedua-dua team ni..tapi corak permainan yang seimbang antara 11 pemain utama... Pertahanan dan jentera serangan bermain dengan baik..tidak pernah menghampakan...

Ni jangkaan aku lah yang kedua-dua pasukan ni akan berjumpa dalam final seperti Piala Dunia 2002.. keputusan tidak pasti lagi.. Tapi mungkin Brazil menang kot..hahahaha

Ozil adalah pemain yang baru masuk dalam senarai pemain yang aku minat..tidak sangka mainan Ozil sangat baik berbanding dengan umurnya... Tidak salah jika nak katakan yang Ozil bermain lebih baik berbanding Ballack.. Ballack ok juga..tapi dia tidak maintain..contohnya masa main final Euro dulu... Harap-harap Ozil ni dapat teruskan prestasinya dan membawa pasukan Germany ke final..sebab lepas ni yang menunggu kat suku akhir adalah pasukan yang sangat hebat iaitu Argentina.. memang sangat susah nak kalahkan pasukan ni.. tidak macam England.pasukan ni ramai pemain yang rajin2.. terutamanya Tevez... setiap perlawanan..mutu permainannya semakin meningkat.. Messi pun bermain ngan baik..cuma tak tau nape tak de nasib je nak score...sian Messi..

Cite tentang Brazil plak.. Aku dulu tak yakin sangat dengan barisan hadapan Brazil terutamanya bila Ronaldhinho tidak diserapkan dalam pasukan.. Tapi jangkaan aku terus meleset.. Barisan hadapan Brazil bermain dengan sangat baik.. Fabiano tak lincah sangat cuma ketajaman di di dalam kotak penalti membuatkan aku mula meminati pemain ni.. kelemahan ni dapat di bantu dengan kelincahan Robinho... Kaka lepas main ngan Real Madrid.. macam tak best je mainan nya..macam ada je yang kurang..tapi Kaka ni macam tunjang utama pasukan Brazil ni.. Tanpa Kaka..rasanya sukar juga Brazil nak layak ke Final..

Ni je nak cite tentang dua pasukan pilihan aku untuk ke Final.. tak caya? nanti kita tengok kat Final ye..hehehe.. Aku ni murid Pak Belalang tau..hahahaha

Sunday, June 27, 2010

Dari 1 ke 10..Dari 10 ke 1000...Dari 1000 ke 1000000..Percaya Tak?

Ni ada cara nak tingkatkan trafik kat blog kita..ni aku copy dari Blog Ain budak baik...ni saje nak try test..tengok ok tak... korang buat je macam aku.. copy paste je artikel ni.. lepastu post kat blog korang..

1)      Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.
2)      Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

2.      Bisnis di Internet
3.       Blogging-Surfer
4.      Tintalughahwi
5.      Igauan
6.      Ad-dai’
7.       kakngah
8.      zlh@n
9.       LYAfrina
PERATURAN
1)       Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).
2)       Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15,jumlah backlink=1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625